Persidangan ekonomi 3 negara

Persidangan ekonomi 3 negara

SEOUL, 1 Nov (Reuters) – Para pemimpin dari tiga buah negara, Korea Selatan, China dan Jepun bertemu hari ini bagi menghadiri sidang kemuncak pertama mereka setelah lebih tiga tahun, menandakan kemenangan bagi pragmatisme politik dalam sejarah antipati dan persaingan wilayah.

Perbincangan yang dimulakan Isnin ini merupakan sidang kemuncak pertama bagi Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye dan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe selepas pelanjutan pembekuan diplomatik.

Perhimpunan tiga hala di Seoul ini akan mengupas semula proses 3 buah negara ekonomi Timur Laut Asia yang terbesar pada tahun 2012.

“China berharap persidangan itu akan memberi semula peluang bagi ketiga-tiga negara untuk mengkaji semula masa lalu dan mencari jalan keluar daripada masalah mereka,” Jurucakap Kementerian Luar China Hua Chunying berkata minggu lalu.

Shinzo Abe bersama Naib Menteri Luar lim Sung Nam semasa ketibaan di pangkalan udara di Seongnam Seoul, korea selatan hari ini. – Reuters
Shinzo Abe bersama Naib Menteri Luar lim Sung Nam semasa ketibaan di pangkalan udara di Seongnam Seoul, korea selatan hari ini. – Reuters

Tumpuan banyak diberikan kepada kerjasama ekonomi dengan China, terutamanya dari segi peningkatan hubungan perdagangan yang bertujuan untuk menyuntik momentum baru ke dalam sesetengah ekonominya yang bergerak secara perlahan.

Kebimbangan dan ancaman terhadap cita-cita tinggi Korea Utara dalam pengeluaran senjata nuklear juga diberikan tumpuan dalam agenda itu, berikutan kebimbangan terhadap kesan kepada ketiga-tiga buah negara termasuk China, yang merupakan peneraju ekonomi utama dan pelindung diplomatik Utara.