Persidangan iklim tentukan masa depan global

Persidangan iklim tentukan masa depan global

PARIS, 17 Nov (AFP) – Dalam masa dua minggu lagi, di tengah-tengah kebimbangan mengenai serangan yang melanda Paris, para pemimpin dunia akan berkumpul bagi persidangan kemuncak krisis iklim yang akan menentukan masa depan global.

Kebimbangan terhadap ancaman keselamatan membayangi persidangan yang akan dihadiri oleh kira-kira 120 ketua negara, selepas insiden serangan oleh lelaki bersenjata dan pengebom berani mati yang membunuh 129 orang di ibu negara Perancis.

Tetapi Presiden Amerika Syarikat Barack Obama telah berdiri teguh untuk menghadiri pembukaan persidangan pada 30 November nanti. Perancis menegaskan ia tidak akan berdiam diri dengan isu keganasan yang melanda dan tidak akan menangguhkan acara tersebut.

Adakah kita akan berjaya membendung pelepasan gas rumah hijau dari perubahan iklim bumi? Atau kita akan terjebak ke tahap pemanasan kritikal yang diperkatakan ahli sain tentang planet boleh menjadi ganas kepada manusia? Jawapannya akan ditentukan pada persidangan 11 November hingga 30 Disember nanti.