Persidangan Keamanan di Myanmar 12 Jan depan

Persidangan Keamanan di Myanmar 12 Jan depan

YANGON, Myanmar, 20 Dis (Agensi) – Persidangan keamanan akan diadakan di Myanmar pada 12 Januari 2016 tiga hari sebelum pusingan pertama dialog formal kebangsaan, kata Pejabat Presiden.

Persidangan itu akan memberikan fokus ke atas usaha menyelesaikan masalah politik atau menamatkan konflik bersenjata negara itu selain membina penyatuan kebangsaan, berdasarkan rangka kerja dialog politik yang dimuktamadkan baru-baru ini, menurut pengumuman rasmi.

Rangka kerja dialog politik yang dimuktamadkan itu dikemukakan kepada Presiden U Thein Sein, selepas diluluskan pada Rabu, bagi dialog politik di antara kerajaan dan lapan kumpulan bersenjata etnik di Nay Pyi Taw.

Jawatankuasa Bersama Dialog Perdamaian tiga pihak (UPDJC) meluluskan draf rangka kerja itu yang termasuk semua para stakeholders pada Selasa lepas.

UPDJC merangkumi lebih sedozen perwakilan membabitkan kerajaan, kumpulan bersenjata etnik dan parti politik yang antara lain termasuk parti Liga kebangsaan bagi Demokrasi yang memenangi pilihan raya, parti memerintah sekarang Parti Kesatuan Solidariti dan pembangunan, Parti Kebangsaan Arakan dan Liga Kebangsaan Shan bagi Demokrasi.