Pertahan perjanjian nuklear di TV Israel

Pertahan perjanjian nuklear di TV Israel

BAITULMAQDIS, 2 Jun (AFP) – Presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata usaha melalui perundingan dan bukannya tindakan ketenteraan adalah cara terbaik untuk mencegah Iran daripada memperoleh senjata nuklear, menurut dalam satu temu ramah yang disiarkan televisyen Israel semalam.

“Saya boleh, saya fikir, mendemonstrasikannya, buka berdasarkan mengenai sebarang harapan tetapi atas fakta dan bukti serta analisis, bahawa cara terbaik mencegah Iran daripada memiliki senjata nuklear adalah perjanjian yang ditentusahkan,” beliau memberitahu stesen televisyen swasta, 2.

“Penyelesaian ketenteraan tidak akan membuahkan apa-apa hasil positif, meskipun jika Amerika Syarikat mengambil bahagian. Ia akan secara sementara memperlahankan program nuklear Iran, tetapi ia tidak akan menghapuskannya,” kata Obama.

Ketika ditanya jika beliau prihatin Israel mungkin menyerang kemudahan nuklear Israel tanpa merujuk Washington terlebih dahulu jika Tehran mencapai perjanjian dengan kuasa-kuasa dunia, beliau enggan untuk “membuat spekulasi.”

Presiden AS Barack Obama. – AFP
Presiden AS Barack Obama. – AFP

“Apa yang boleh saya katakan kepada warga Israel ialah saya memahami keprihatinan anda dan saya memahami kebimbangan anda,” kata pemimpin sekutu terdekat Israel. Israel menjadi pengkritik yang lantang terhadap perjanjian di antara Iran dan kuasa-kuasa dunia merangkumi Amerika Syarikat, Britain, China, Perancis, Rusia dan Jerman.

Satu perjanjian yang disasarkan menjelang Jun akan memuktamadkan perjanjian 2 April yang direka bentuk untuk mencegah Tehran daripada membangunkan senjata nuklear sebagai pertukaran melonggarkan sekatan yang melumpuhkan ekonomi negara berkenaan.

Israel berkata Iran tidak boleh dipercayai untuk menunaikan ikrarnya ke atas perjanjian dan tidak menolak penggunaan ketenteraan.