Pertandingan akhir nasyid anjuran SUAMPRIPAD

Pertandingan akhir nasyid anjuran SUAMPRIPAD

SEKOLAH Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD) mengadakan pertandingan Nasyid Peringkat Akhir yang telah diadakan di Musolla Al-Firdaus, Surau SUAMPRIPAD baru-baru ini. Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Kumpulan Bertindak (A-Team) SUAMPRIPAD yang dianggotai seramai tujuh orang pelajar yang terpilih dan dibantu oleh dua orang guru pengawas serta beberapa orang guru dari Badan Penasihat Hal Ehwal Pelajar (BPHEP)

Tujuan pertandingan

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil bakat para penuntut serta menguji keberanian para penuntut untuk tampil dihadapan khalayak ramai. Melalui pertandingan ini jua, penuntut boleh menyampaikan dakwah mengenai kepentingan ilmu. Setiap kumpulan yang bertanding dianggotai di antara tujuh ke sepuluh orang ahli yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

Sejumlah dua puluh buah kumpulan yang bertanding di peringkat saringan dan hanya sebanyak tujuh buah kumpulan sahaja yang berjaya masuk ke peringkat akhir. Kumpulan yang dinamakan Firqah Wardati Zahra dinobatkan sebagai juara di peringkat akhir tersebut.

Guru pengawas dan pelajar A-Team bergambar bersama Juara Pertandingan Nasyid.
Guru pengawas dan pelajar A-Team bergambar bersama Juara Pertandingan Nasyid.

Hakim-hakim pertandingan ialah Dayang Siti Huzzaimah Yadey binti Haji Rosli, Dayang Hajah Jamilah binti Haji Abd Manaf dan Dayang Alas Sarirah binti Awang Sulaiman.

Awang Jamaludin bin Haji Bakar, selaku salah seorang guru pengawas Kumpulan Bertindak (A-Team) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Dayang Marhani binti Haji Ahmad, Guru Kanan BPHEP dan semua yang terlibat di dalam menjayakan Pertandingan Nasyid SUAMPRIPAD 1437H/2016M.

ARTIKEL YANG SAMA