Pertandingan Azan Subuh sempena Israk Mikraj

Pertandingan Azan Subuh sempena Israk Mikraj

Oleh Hamidah Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mei – Bersempena Sambutan Israk Mikraj tahun ini, Masjid Kampung Katok telah menganjurkan Majlis Ceramah dan Pertandingan Azan Subuh yang berlangsung di masjid berkenaan, baru-baru ini.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Dr Ustaz Haji Adanan bin Haji Besar, yang turut menyampaikan ceramah mengenai Israk Mikraj di majlis itu.

Sejurus selepas ceramah, pertandingan Azan Subuh, sebelum diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan peserta perarakan Maulud Nabi baru-baru ini.

Tetamu kehormat menyampaikan trofi kemenangan kepada juara pertandingan Azan Subuh.
Tetamu kehormat menyampaikan trofi kemenangan kepada juara pertandingan Azan Subuh.

ARTIKEL YANG SAMA