Pertandingan bacaan Al-Quran PPPBD

Pertandingan bacaan Al-Quran PPPBD

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 28 Ogos – Seramai 15 orang peserta bertanding bagi mewakili Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Belait dalam Pertandingan Membaca Ayat-ayat Suci Al-Quran Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam (PPPBD) Peringkat Akhir Senegara bagi tahun 1437H/2016M yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Pengiran Dipa Negara Pengiran Jaya Sengkarai, hari ini, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan pertandingan tersebut ialah Naib Yang Di-Pertua Sepanjang Hayat, PPPBD, Datin Hajah Masni binti Haji Mohd Ali.

Sebanyak lima kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Pandu Puteri Tunas, Kategori Pandu Puteri/Ranger Puteri, Kategori Pemimpin Muda, Kategori Pemimpin Dewasa dan Kategori Pesuruhjaya/Majlis.

Datin Hajah Masni selaku tetamu kehormat ketika menyaksikan pertandingan tersebut.
Datin Hajah Masni selaku tetamu kehormat ketika menyaksikan pertandingan tersebut.
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada salah seorang peserta.
Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran daripada salah seorang peserta.

Pada majlis berkenaan, Pesuruhjaya PPPBD Daerah Tutong, Dayang Damit binti Mohd Salleh menjelaskan bahawa tahun ini, pertandingan diadakan di Daerah Tutong yang mana menjadi tuan rumah bagi menyelenggarakan pertandingan tersebut.

Pada pertandingan itu, Daerah Brunei dan Muara menghantar johan dan naib johan peringkat daerah manakala Daerah Tutong, Belait dan Temburong masing-masing menghantar johan bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan itu akan diadakan pada hari yang akan ditetapkan oleh ahli Jawatankuasa PPPBD.

ARTIKEL YANG SAMA