Pertandingan BPL dibuka

Pertandingan BPL dibuka

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Okt – Persekutuan Petanque Brunei Darussalam membukakan borang penyertaan kepada orang ramai yang berminat dalam Sukan Petanque bagi menyertai Pertandingan Liga Petanque Brunei (BPL) bagi bulan Oktober 2016.

Tarikh pertandingan akan diadakan pada 16 Oktober 2016, hari Ahad, jam 8 pagi. Borang penyertaan boleh diperolehi daripada setiausaha pertandingan dan jurulatih kebangsaan di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Bagi keterangan lebih lanjut boleh berhubung terus dengan setiausaha pertandingan Liga Petanque Brunei 2016 di talian 8833991 dan jurulatih kebangsaan Sukan Petanque di Gelanggang Sukan Petanque Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Tarikh tutup penyerahan borang pertandingan adalah pada 14 Oktober 2016 (Jumaat) jam 5 petang dan tarikh undian perlawanan akan diadakan pada 15 Oktober 2016 (Sabtu)  jam 5 petang di Gelanggang Sukan Petanque, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.