Pertandingan Guling Tangan sempena Hari Keputeraan

Pertandingan Guling Tangan sempena Hari Keputeraan

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Jun – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) memaklumkan bahawa Bahagian Kebudayaan dan Kesenian kementerian berkenaan akan mengadakan Pertandingan Guling Tangan Sempena Perayaan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 tahun, 2016.

Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat menyertai pertandingan tersebut bolehlah mendapatkan borang dan syarat pertandingan di Tingkat 5, Unit Pentadbiran, Bahagian Kebudayaan dan Kesenian, KKBS atau menerusi laman sesawang KKBS di http://www.kkbs.gov.bn.

Borang yang lengkap diisikan hendaklah dikembalikan tidak lewat dari hari Isnin, 18 Julai 2016, jam 4 petang.

ARTIKEL YANG SAMA