Pertandingan hafaz Kampung Salambigar

Pertandingan hafaz Kampung Salambigar

Oleh Haji Tuah bin Haji Mantrais

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Bersempena dengan penutupan kelas belajar Mukadam dan Al-Quran di Masjid Kampung Salambigar, para guru yang berperanan mengajar Mukadam dan Al-Quran sebelah pagi Jumaat dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Salambigar telah menganjurkan Majlis Pertandingan Menghafaz Surah-surah Lazim bagi murid-murid yang belajar di masjid tersebut.

Sebanyak tiga kategori telah diadakan iaitu kategori A bagi murid-murid yang berumur antara enam hingga lapan tahun, kategori B pula bagi murd-murid berusia antara lapan hingga 10 tahun dan akhir sekali ketegori C bagi murid-murid yang berusia 10 tahun ke atas.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Kampung RPN Lambak Kanan Kawasan 2, Awang haji Basri bin Haji Bakar, selaku tetamu kehormat majlis. Dan beliau juga diberikan penghormatan untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada para peserta yang memenangi pertandingan tersebut.

Di akhir majlis, bacaan doa penutup telah dibaca beramai-ramai oleh kesemua murid yang belajar di masjid tersebut.

Dayang Noramal Alia Maisara, johan bagi kategori C menerima hadiah daripada tetamu kehormat.
Dayang Noramal Alia Maisara, johan bagi kategori C menerima hadiah daripada tetamu kehormat.

ARTIKEL YANG SAMA