Pertandingan Karaoke Lagu Nostalgia Klasik di Tutong

Pertandingan Karaoke Lagu Nostalgia Klasik di Tutong

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 13 Julai – Bersempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-70 Tahun, sebuah pertandingan Karaoke Lagu-Lagu Nostalgia Klasik telah pun dibukakan kepada para penduduk yang bermastautin di Daerah Tutong.

Adapun tujuan pertandingan yang akan diadakan pada 20 Julai 2016, bermula jam 8:30 malam di Pentas Persembahan Perayaan Daerah Tutong, ini adalah untuk mengimbas kembali lagu-lagu nostalgia klasik di mana para peserta boleh membawakan lagu-lagu yang ditetapkan oleh pihak penganjur dengan kebolehan dan gaya tersendiri.

Pertandingan anjuran Institusi Penghulu dan Ketua Kampung Daerah Tutong ini dibukakan kepada dua bahagian sahaja iaitu Bahagian Lelaki 55 Tahun ke atas dan Bahagian Perempuan 50 tahun ke atas dengan lagu-lagu yang ditetapkan oleh penganjur.

Borang penyertaan bolehlah didapati di Jabatan Daerah Tutong (IMK) atau menghubungi terus setiausaha pertandingan, Awang Mohd Hakimi bin Abdullah Gampar di talian 4222491. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 18 Julai 2016, jam 4 Petang.

ARTIKEL YANG SAMA