Pertandingan, kempen online Baiduri hingga 31 April

Pertandingan, kempen online Baiduri hingga 31 April

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Sempena pelancaran platform Perbankan Dalam Talian Baiduri yang dipertingkat baru-baru ini, Bank Baiduri kini sedang menganjurkan pertandingan Instagram (IG) yang akan berlangsung sehingga 30 April.

Bank Baiduri dalam kenyataannya menjelaskan, untuk mengikuti pertandingan ini, pelanggan hanya perlu mengikuti akaun IG @baiduribank kemudian muat naik gambar yang memaparkan faedah Perbankan Dalam Talian Baiduri dan hashtag #takebaidurieverywhere.

Seramai 50 orang pelanggan pertama yang melakukannya akan memenangi baucar Coffee Bean & Tea Leaf bernilai $10.

Di samping pertandingan IG, Bank Baiduri juga sedang menjalankan kempen perbankan dalam talian ‘Transact and Win’ hingga 30 April. Pelanggan yang menjalankan transaksi terpilih menerusi Personel i-Banking, Business i-Banking dan Mobile Banking Baiduri akan secara automatik termasuk dalam kempen tersebut.

Salah seorang pemenang promosi yang diadakan Baiduri.
Salah seorang pemenang promosi yang diadakan Baiduri.

Pada penghujung kempen, tiga orang pelanggan dengan jumlah transaksi tertinggi akan membawa pulang Apple iPhone 6s, Apple Watch Sport dan kamera aksi GoPro HERO4.

Transaksi Personel i-Banking yang terpilih termasuk pemindahan telegraf, pemindahan dana (bank ke bank), pembayaran bil, tambah nilai MasterCard CashCard dan tambah nilai mudah alih. Manakala itu, transaksi bagi Business i-Banking termasuk pembayaran bil, pemindahan dana dan pemprosesan gaji.

Menurut kenyataan itu lagi, pertandingan dan kempen berkenaan adalah bersempena dengan reka bentuk semula platform perbankan dalam talian yang menggabungkan ciri-ciri seperti pembayaran sewa beli kereta di mana pelanggan boleh melihat kemas kini akaun mereka dalam masa sebenar.

Kini, pelanggan juga boleh melakukan berbilang transaksi pada satu laman apabila membuat pemindahan dana kepada pihak-pihak ketiga, tempatan atau luar negara.

ARTIKEL YANG SAMA