Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa 1438H/2016M

Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa 1438H/2016M

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Okt – Seramai 55 peserta lelaki dan 10 peserta perempuan menyertai Pertandingan Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Zon dan Daerah Tahun 1438H/2016M bagi Daerah Brunei dan Muara yang diadakan di Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, hari ini.

Bagi Peringkat Zon I & II, tempat pertama bagi peserta lelaki telah disandang oleh Haji Mohd Albi bin Haji Ibrahim, manakala itu, Dayang Husna binti Basuri muncul juara peserta perempuan.

Bagi Peringkat Zon III pula, juara bagi peserta lelaki ialah Awang Abdul Wafiy bin Haji Ibrahim, dan tempat pertama bagi peserta perempuan telah dimenangi oleh Dayang Nur Aqilah binti Pengiran Haji Ayub.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah ialah Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

Turut hadir ialah para pegawai dan kakitangan dari Kementerian Hal Ehwal Ugama, para peserta, ibu bapa peserta, jemaah dan penduduk kampung yang tinggal di sekitarnya.

Awang Misle hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut.
Awang Misle hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut.
Awang Abdul Wafiy muncul juara bagi Peringkat Zon III lelaki.
Awang Abdul Wafiy muncul juara bagi Peringkat Zon III lelaki.

Pertandingan yang dikendalikan oleh Bahagian Imarah, Jabatan Hal Ehwal Masjid dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah dan Brunei Muara serta Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop itu diadakan untuk memilih peserta qari dan qariah yang memperolehi markah 75 peratus ke atas bagi mewakili Daerah Brunei dan Muara sekali gus memasuki ke peringkat suku akhir kebangsaan yang akan diadakan nanti.

Menerusi pertandingan berkenaan, seramai 27 orang qari dan tiga qariah telah layak untuk mewakili Daerah Brunei dan Muara.

Antara tujuan lain pertandingan ini adalah sebagai galakan untuk menarik minat orang ramai dalam meningkatkan mutu bacaan Al-Quran, selain sebagai pendorong kepada mereka yang berbakat dalam seni pembacaan Al-Quran agar mengasah bakat melalui pertandingan ini.

ARTIKEL YANG SAMA