Pertandingan mencipta logo ACPA

Pertandingan mencipta logo ACPA

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Julai – Jabatan Perkhidmatan Pengurusan (MSD), Jabatan Perdana Menteri menjemput orang awam menyertai pertandingan mencipta logo untuk Anugerah Cemerlang Perkhidmatan Awam (ACPA).

Pertandingan dibahagikan kepada dua bahagian dengan Kategori A mereka bentuk logo dan slogan untuk ACPA sementara Kategori B, mereka bentuk logo untuk Program Penggredan Prestasi Sektor Awam (3PSA) melalui Penarafan Bintang.

Sehubungan itu rakyat dan penduduk negara ini yang berumur 18 tahun ke atas adalah dialu-alukan menyertai pertandingan ini dan salah satu reka bentuk logo bagi setiap kategori dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak $1,000 dan sijil penyertaan.

Borang dan syarat pertandingan boleh diperoleh di Tingkat 3, MSD, Bangunan Bahirah, Jalan Menteri Besar, Bandar Seri Begawan atau melayari di www.jpp.gov.bn dan borang yang telah lengkap, reka bentuk dan yang berkaitan boleh dihantar ke MSD, tidak lewat pada 7 September 2015 pukul empat petang dan untuk keterangan lanjut sila berhubung melalui talian 2382064/5/6 sambungan 192 atau 513.

ARTIKEL YANG SAMA