Pertandingan mewarna ceriakan ulang tahun SCR Xpress

Pertandingan mewarna ceriakan ulang tahun SCR Xpress

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN – SCR Xpress telah meraikan ulang tahunnya yang kedua dengan menganjurkan pertandingan mewarna yang diadakan di cawangannya di Citis Square, di sini.

Pertandingan itu telah dibahagikan kepada dua kategori umur iaitu dari lima hingga 10 tahun yang dimenangi oleh Micheal Ho Yii Kong, diikuti oleh Wong Zhang Jia di tempat kedua dan Awang Bahiyuddin Abqari bin Haji Dollah selaku pemenang ketiga.

Sementara itu, Kategori umur 11 hingga 16 tahun pula telah dimenangi oleh Awang Mohd Asma’i Syariffudin bin Zulhilmi, manakala itu, Dayang Nur Na’asyidah Amiroh bin Haji Dollah dan Awang Mohd Afiq Muizzuddin bin Zulhilmi, masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Gambar ramai pemenang pertandingan mewarna SCR Express.
Gambar ramai pemenang pertandingan mewarna SCR Express.
Salah seorang peserta ketika menyiapkan kertas warnanya.
Salah seorang peserta ketika menyiapkan kertas warnanya.

Turut memeriahkan suasana peraduan berkenaan adalah penampilan istimewa dua orang pelukis tempatan iaitu Diviy dan Nana Zee yang terlibat menjayakan sudut lukisan wajah pada majlis itu.

Menurut Penolong Pengurus SCR Xpress, Sharna Manabahi, mereka akan meneruskan pelbagai program seperti ini bagi menghiburkan pelanggan dan peminat setianya pada masa akan datang.

ARTIKEL YANG SAMA