Pertandingan mewarna rai sambutan ulang tahun

Pertandingan mewarna rai sambutan ulang tahun

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Okt – Setelah dua tahun memberi perkhidmatan sajian kepada para pelanggan setianya, SCR Xpress Citis Square merancang untuk meraikan sambutan ulang tahunnya dengan menganjurkan pertandingan mewarna yang akan diadakan pada 25 Oktober ini nanti.

Penolong Pengurus SCR Xpress, Sharna Manabhai berkata acara ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu untuk kanak-kanak antara umur lima tahun hingga 10 tahun dan 11 tahun hingga 16 tahun.

Pertandingan yang diadakan pada tarikh tersebut akan memulakan pendaftarannya pada jam 2 petang dan para peserta mula mewarna pada jam 2:30 petang.

Kerja-kerja seni para peserta itu kemudian akan dikaji oleh guru seni terkenal, Samantha Pui Siew Yin, yang bersetuju untuk menghakimi pertandingan mewarna itu nanti, menurut penolong pengurus.

SCR Xpress Citis Square akan menganjurkan pertandingan mewarna yang diadakan pada 25 Oktober nanti.
SCR Xpress Citis Square akan menganjurkan pertandingan mewarna yang diadakan pada 25 Oktober nanti.

Beliau juga menyatakan bahawa acara itu terhad kepada 60 penyertaan sahaja, bergantung pada siapa cepat dia dapat.

Para peserta yang mengikuti pertandingan itu akan diberikan minuman percuma manakala hadiah-hadiah menarik bakal ditawarkan kepada peserta yang menang.

Sementara itu, hasil kerja seni yang dipilih akan dipaparkan di restoran tersebut untuk tempoh satu bulan. Bagi sesiapa yang berminat untuk mendaftar bolehlah mengunjungi SCR Xpress di cawangan Citis Square.

ARTIKEL YANG SAMA