Pertandingan Pidato Bahasa Jepun 29 Ogos ini

Pertandingan Pidato Bahasa Jepun 29 Ogos ini

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Pusat Bahasa, Universiti Brunei Darussalam (UBD), Bahagian Pendidikan Komuniti Kementerian Pendidikan, dan Kedutaan Jepun di Negara Brunei Darussalam akan mengadakan Pertandingan Pidato Bahasa Jepun ke-29 pada 29 Ogos ini di Bangunan ILIA, UBD.

Seramai 14 peserta akan mempamerkan kebolehan berbahasa Jepun mereka dalam tiga kategori pertandingan berkenaan, iaitu peringkat permulaan, lanjutan dan terbuka.

Menurut kenyataan Kedutaan Jepun, di sini, hari ini, peringkat permulaan adalah bagi mereka yang telah belajar Bahasa Jepun kurang daripada dua tahun sementara peringkat lanjutan tidak mempunyai had dari segi lama pembelajaran bagaimanapun, peserta mestilah tidak tinggal di Jepun selama dua tahun sejak usia enam tahun, manakala itu, kategori terbuka pula tiada had bagi lama belajar Bahasa Jepun dan tinggal di Jepun.

Dalam setiap kategori, peserta akan menyampaikan pidato mengenai pelbagai topik seperti Cita-cita, Pengalaman berharga di Jepun dan Pelancongan Brunei. Hadiah utama pertandingan adalah pelancongan selama seminggu ke Jepun yang ditaja bersama oleh All Nippon Airways of Japan (ANA). Hadiah-hadiah lain dan pembiayaan pengendalian ditaja oleh Japan Foundation.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Dayang Noraini di talian 2229265, atau e-mel ke alamat embassy@bw.mofa.go.jp atau ;ayari http://www.bn.emb-japan.go.jp.

ARTIKEL YANG SAMA