‘Pertarungan abad ini’

‘Pertarungan abad ini’

LAS VEGAS, 3 Mei (Reuters) – Floyd Mayweather Jr berjaya mengekalkan rekod tanpa kalahnya dalam pertarungan tinju profesional selepas mengatasi Manny Pacquiao dari Filipina menerusi keputusan sebulat suara pada pertarungan welterweight dunia di MGM Grand Garden Arena, pagi tadi.

Peninju berusia 38 tahun dari Amerika Syarikat itu bertahan dengan baik apabila Pacquiao bermula dengan agresif tetapi kemudian mengasak tumbukan balas untuk menguasai 12 pusingan pertarungan.

Dengan kemenangan itu, Mayweather melebarkan rekod kemenangan dalam kariernya kepada 48-0. Mayweather yang baru sahaja menewaskan Pacquiao sebentar tadi mengesahkan akan bersara selepas pertarungan terakhirnya September depan.

“Pertarungan terakhir saya ialah pada September ini. Saya akan melakukannya dan selepas itu, saya akan menggantung sarung tinju,” kata Mayweather.

Peninju dari Amerika Syarikat (AS) berusia 38 tahun itu kini melebarkan rekod kemenangan dalam kariernya kepada 48-0 selepas kemenangan ke atas Pacquiao.

Mayweather Jr meraikan kemenangan pertarungan welterweight dunia menentang Pacquiao di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas, semalam. - AFP
Mayweather Jr meraikan kemenangan pertarungan welterweight dunia menentang Pacquiao di MGM Grand Garden Arena di Las Vegas, semalam. – AFP

Dengan satu lagi pertarungan selepas ini, Mayweather bakal melengkapkan perjanjian enam pertarungan mewahnya dengan syarikat penyiar Showtime.

Andai menang pertembungan pada September itu, dia akan menyamai rekod 49-0 dipegang Rocky Marciano.

Biarpun timbul keraguan, Mayweather sebelum pertembungan dengan Pacquiao sudah menyatakan yang cukup sekadar rekod 49-0.