Pertembungan bas, trak ragut 42 nyawa

Pertembungan bas, trak ragut 42 nyawa

BORDEAUX, Perancis, 23 Okt (Reuters) – Empat puluh dua orang terbunuh selepas pertembungan sebuah bas dan trak berhampiran Bordeaux di selatan Perancis, seorang pegawai dari pejabat pengawas tempatan berkata semalam.

Sementara itu 5 orang lagi mengalami kecederaan ringan, menurut pegawai itu, selepas kedua-dua kenderaan itu terhempas dan terbakar di jalan raya negara. Kemalangan itu berlaku di Puisseguin, dekat Libourne di rantau Gironde kira-kira 57 kilometer ke timur Bordeaux. Bas itu yang membawa kira-kira 50 penumpang sedang menuju ke selatan rantau Landes. Laporan media tempatan berkata penumpang kebanyakannya warga tua.

Presiden Francois Hollande semasa berada di Athens dalam rangka lawatan berkata, perkhidmatan kecemasan telah digerakkan ke kejadian kemalangan dan beliau sedih dengan tragedi itu.”