Pertembungan besar Liga Juara-juara

Pertembungan besar Liga Juara-juara

PARIS, 14 Dis (Reuters) – Juara bertahan Barcelona akan menentang Arsenal dalam saingan 16 terakhir Liga Juara-juara, 10 tahun selepas kedua-dua pasukan berdepan dalam perlawanan akhir, berikutan cabutan yang dibuat hari ini.

Chelsea dan Paris St Germain pula akan bersaing sesama sendiri lagi selepas juara Perancis itu menewaskan skuad Jose Mourinho pada peringkat sama musim lepas.

Satu lagi pertembungan besar adalah bekas juara Juventus dan Bayern Munich, sementara juara sepuluh kali Real Madrid akan menentang AS Roma.

PSV Eindhoven pula akan berdepan Atletico Madrid, Dynamo Kiev menentang Manchester City dan Benfica akan melawan Zenit St Petersburg.

Gent, penyertaan pertama dalam kejohanan ini akan menentang Wolfsburg.

Keputusan cabutan saingan 16 terakhir Liga Juara-juara. – AFP
Keputusan cabutan saingan 16 terakhir Liga Juara-juara. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA