Pertembungan dua gergasi baru Eropah

Pertembungan dua gergasi baru Eropah

LONDON, 11 Jun (AFP) – Dua pasukan kebangsaan melakar sejarah pertemuan dalam perlawanan kelayakan Kejuaraan Eropah 2016 esok apabila pasukan tangga kedua Kumpulan B, Wales dan Belgium bertemu di Stadium Cardiff City.

Belgium, menang 4-3 menentang Perancis dalam aksi persahabatan Ahad lalu, melonjak di tangga kedua dalam ranking terbaru FIFA, sementara Wales jatuh satu anak tangga di kedudukan ke-22 dari kedudukan 21.

Dua pasukan itu mengutip 11 mata pada peringkat kelayakan, dengan Belgium di tangga teratas dengan perbezaan gol, dan Aaron Ramsey dari Wales percaya persaingan esok adalah paling penting pasukannya dalam masa sedekad.

“Ia mungkin perlawanan besar yang kami hadapi untuk Wales dengan kumpulan pemain ini,” kata midfield Arsenal itu. “Kami adalah pasukan tertinggi liga ketika ini dan banyak perlawanan.”

Skuad Belgium dan Wales berada pada peringkat sama bagi perkembangan mereka, dengan kedua-duanya mempunyai pemain yang mara menerusi pasukan belia negara masing–masing pada masa yang sama.

Kadar usia pasukan Wales yang diturunkan bagi perlawanan akhir mereka dengan kemenangan 3-0 ke atas Israel pada Mac, adalah 26.18, sementara perkadaran usia barisan pasukan Belgium menentang Perancis adalah 25.63.

Kedua-dua pasukan memiliki pertahanan berpengalaman dalam Liga Perdana dan bergantung ke atas pasukan belia, pemain berbakat kelas dunia di bahagian midfield dan penyerang – Kevin De Bruyne dan Eden Hazard bagi Belgium, Gareth Bale dan Ramsey bagi Wales.

Mereka bagaimanapun terpisah dalam persaingan bola sepak antarabangsa, dengan Belgium adalah antara pilihan untuk memenangi Euro 2016 dan Wales memburu untuk layak bagi perlawanan utama sejak Piala Dunia 1958.

Tetapi Wales akan menarik galakkan dari fakta dua perlawanan baru–baru mereka menentang Belgium, keduanya di Brussels, yang berakhir dengan seri – perlawanan November lalu dan kelayakan Piala Dunia pada Oktober 2013.