Pertembungan dua seteru lama

Pertembungan dua seteru lama

LONDON, 30 Okt (AFP) – Menghadapi perlawanan yang sukar menentang Liverpool esok, pengurus pasukan Chelsea, Jose Mourinho perlu berdepan dengan seteru yang meletakkannya kepada salah satu kekalahan paling menyakitkan sepanjang kerjayanya.

Juergen Klopp, pengurus baru Liverpool, pernah membimbing pasukan Borussia Dortmund yang menyingkirkan Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara 2012-13, menamatkan impian Mourinho untuk membawa kembali Piala Eropah kembali ke Bernabeu dalam apa yang dilihat adalah musim terakhirnya di kelab itu.

Kedua-dua pasukan tersebut meneruskan permusuhan dengan Mourinho dilaporkan menghadapi pemecatan jika keputusan perlawanan tidak meningkat selepas juara bertahan itu jatuh ke tangga ke-15 dalam persaingan Liga Perdana dan disingkirkan dari Piala Liga kepada Stoke City, tetapi menggariskan harapan daripada kebangkitan mereka dalam persembahan baru-baru ini.

Ditanya bagaimana sukarnya untuk meningkatkan para pemainnya selepas mereka melepaskan Piala Liga mereka di Stoke, kata Mourinho: “Ia sukar.

Tetapi ia lebih sukar apabila anda beraksi dengan lebih teruk dan kalah, berbanding beraksi dengan lebih baik dan tewas.

Gambar fail menunjukkan Juergen Klopp (kiri) dan Jose Mourinho sempat bersalaman ketika pertemuan mereka di gelanggang bola sepak. – AFP
Gambar fail menunjukkan Juergen Klopp (kiri) dan Jose Mourinho sempat bersalaman ketika pertemuan mereka di gelanggang bola sepak. – AFP

“Bagaimana (Eden) Hazard atau Oscar atau (John) Mikel (Obi) atau John Terry, untuk menyatakan sebahagian nama — saya boleh menyatakan semua orang — bagaimana mereka boleh pulang dengan kekurangan keyakinan? Mereka beraksi dengan baik. Mereka tidak melakukan sebarang kesilapan.”

Mourinho dijangka akan bekerja keras biarpun dakwaan salah laku dari Persatuan Bola Sepak selepas diarahkan berada di tempat duduk penonton ketika kekalahan 2-1 hujung minggu lalu di West Ham United.

Tetapi berita buruk terus melanda jurulatih berusia 52 tahun itu. Pemain penyerang muda Brazil, Lucas Piazon yang dalam pinjaman di Reading, diserahkan waran tangkap atas dakwaan serangan seksual di Kanada, sementara bekas doktor pasukan, Eva Carneiro dipercayai telah memulakan prosiding perundangan ke atas kelab itu selepas disingkirkan oleh Mourinho awal musim ini.

Laporan berbeza seperti akibat bagi kekalahan seterusnya bagi Mourinho, tetapi terdapat akibat umum bahawa masa depannya di Stamford Bridge dalam bahaya. Penyingkiran pengurus sebelum Klopp, Brendan Rodgers adalah satu peringatan ketara mengenai kegagalan dalam kedudukan teratas Inggeris dan sementara jurulatih dari Jerman itu hanya mampu seri dalam tiga perlawanan pertamanya, pasukannya akan berkunjung ke London dengan berbekalkan kemenangan 1-0 dalam persaingan Piala Liga ke atas Bournemouth.

Dalam memikirkan keadaan itu, Mourinho memerlukan pemain senior untuk berdiri dan beraksi, tetapi dia mungkin beraksi tanpa Diego Costa selepas pemain penyerang itu terpaksa keluar ketika menentang Stoke kerana mengalami kecederaan rusuk.

Premier League matchday 11