Pertembungan Novak, Nadal semakin hampir

Pertembungan Novak, Nadal semakin hampir

DOHA, 8 Jan (AFP) – Rafael Nadal dan Novak Djokovic kekal di landasan tepat untuk menempah pertembungan pertama mereka bagi tahun ini, selepas kedua-duanya mara ke separuh akhir Terbuka Qatar.

Pada peringkat suku akhir yang berlangsung awal pagi tadi, Nadal mengalahkan Andrey Kuznetsov selepas pertarungan tiga set yang sangat menarik.

Nadal menang 6-3, 5-7, 6-4 tetapi bekerja keras untuk mencipta sejarah dengan kemenangan ke atas pemain Russia itu.

Djokovic pula mara lebih mudah dengan menewaskan pemain Argentina, Leonardo Mayer, 6-3, 7-5.

“Memenangi perlawanan dalam tiga set adalah berita yang sangat baik dan perkara yang sangat positif,” kata Nadal.

Djokovic dan Nadal yang mara ke separuh akhir Terbuka Qatar. - Reuters
Djokovic dan Nadal yang mara ke separuh akhir Terbuka Qatar. – Reuters

“Itulah yang berlaku apabila mental berada dalam keadaan segar, apabila anda mampu untuk menganalisis dengan baik apa yang berlaku dalam perlawanan itu.

“Tahun lalu saya tewas sebahagian besar perlawanan seperti hari ini. Jadi bagi saya, ia begitu penting untuk menang perlawanan seperti ini.”

Sementara itu, Djokovic berkata: “Saya rasa ia (perlawanan suku akhir) adalah ujian yang baik. Ia adalah baik untuk mengharungi perlawanan seperti ini.

“Sudah tentu (baik), untuk melihat di mana saya berada dan saya hanya gembira untuk mara ke peringkat seterusnya dengan satu lagi kemenangan dalam straight set,” kata Djokovic.

Dua lagi slot separuh akhir diisi pemain Republic Czech, Tomas Berdych yang menewaskan Kyle Edmund 6-3, 6-2 manakala pilihan ketujuh, Illya Marchenko mengatasi cabaran Jeremy Chardy 6-3, 7-6 (3).

ARTIKEL YANG SAMA