Pertempuran di Afghan ragut 6 jiwa

Pertempuran di Afghan ragut 6 jiwa

KABUL, 8 Mei (Xinhua) – Lapan orang termasuk enam anggota Taliban dan dua polis telah terbunuh apabila pertempuran yang semakin meningkat di daerah Darqad wilayah Takhar utara pada malam semalam, kata jurucakap polis wilayah Abdul Khalil Asir hari ini.

Pertempuran itu, menurut Abdul Khalil, tercetus selepas sekumpulan militan Taliban menyerang pusat pemeriksaan keselamatan di kejiranan Basir Khil daerah Darqad pada malam semalam dan polis membalas tembakan yang mencetuskan pertempuran tembak menembak yang telah mengorbankan enam militan dan dua polis.

ARTIKEL YANG SAMA