Pertempuran di Kunduz ragut lapan militan

Pertempuran di Kunduz ragut lapan militan

KUNDUZ, Afghanistan, 6 Mei (Xinhua) – Pertempuran tembak menembak antara tentera kerajaan Afghanistan dan Taliban telah mengorbankan lapan pemberontak di wilayah utara Kunduz, 250 kilometer ke utara Kabul pada malam semalam, kata pegawai-pegawai tempatan, hari ini.

Lima militan terbunuh di daerah Qala-e-Zal pada malam semalam, menurut gabenor daerah Mahbubullah Sayedi dan tiga lagi pejuang Taliban terbunuh di daerah jiran Chardara, kata gabenor daerah Chardara Zalmai Farooqi.

ARTIKEL YANG SAMA