Pertempuran di Mosul hampiri kawasan bersejarah

Pertempuran di Mosul hampiri kawasan bersejarah

BAGHDAD, 11 Nov – Pertempuran bagi bandar kedua Iraq, Mosul telah menghampiri kawasan purba Nimrud semalam, apabila operasi serangan terhadap kubu kuat kumpulan Islamic State (IS) Syria di Raqa terhalang oleh ribut pasir.

Kumpulan sokongan yang diketuai Amerika Syarikat, tentera Iraq dan militia pakatan Kurdis-Arab sedang mara ke Mosul dan Raqa dalam serangan berasingan yang bertujuan untuk menghalau IS dari benteng terakhir utama mereka. Kumpulan gabungan yang melancarkan serangan udara terhadap IS dua tahun lalu, merancang untuk membuat serangan yang memberi satu tamparan maut kepada kumpulan berani mati ‘khalifah’ yang diisytiharkan pada pertengahan 2014.

Dilancarkan pada 17 Oktober, serangan Iraq telah menyaksikan tentera persekutuan dan pejuang peshmerga Kurdish telah mara ke Mosul dari timur, selatan dan utara, bagi meneruskan kemaraan mereka dari had limit bandar timur minggu lepas. Kelmarin, tentera berkata bahawa anggota tentera dan militia bersekutu telah bergerak maju ke hadapan di dua perkampungan IS berhampiran Nimrud, kira-kira 30 kilometer selatan Mosul. – AFP