Pertempuran Herat korbankan 5 pejuang

Pertempuran Herat korbankan 5 pejuang

HERAT, Afghanistan, 17 Mei (Xinhua) – Pertempuran dalaman di antara penyokong dan pembangkang pemimpin Taliban Mullah Akhtar Mohammad Mansoor di barat wilayah Herat meninggalkan lima pejuang terbunuh pada awal hari ini, kata seorang pegawai tempatan.

“Pertempuran meletus di antara Mullah Sia Khan, seorang komander Taliban yang setia kepada Mullah Akhtar Mansoor dan komander pesaingnya Mullah Toofan daripada puak Mullah Mohammad Rasoul di kampung Niak daerah Obe pada awal pagi hari ini yang berlangsung selama beberapa jam dan meninggalkan lima pemberontak terbunuh,” beritahu ketua polis daerah Shir Agha Alkozai, kepada Xinhua.

Kesemua mereka yang terbunuh dalam pertempuran adalah anggota puak Akhtar Mansoor, tambah pegawai itu. Militan Taliban masih belum membuat sebarang komen.

Ia adalah pertempuran kedua di antara dua puak bermusuhan di barat rantau dalam tempoh tiga hari lalu. Pada Ahad, tujuh militan lagi terbunuh dari kedua-dua pihak tatkala pertempuran meletus di daerah Balamurghab -di barat wilayah Badghis, menurut gabernor daerah Balamurghab, Ahmad Zia Akazai.

Militan yang setia kepada Mullah Rasoul juga melaksana hukuman mati ke atas tiga pejuang daripada kumpulan Mansoor di daerah Balamurghab semalam selepas menangkap mereka hidup-hidup, kata Akazai.