Pertempuran meletus semula di Aleppo

Pertempuran meletus semula di Aleppo

ALEPPO, Syria, 11 Mei (AFP) – Tentera Syria berbalas-balas tembakan dengan pihak pemberontak dalam pertempuran di bandar kedua di Aleppo sebelum tamat gencatan senjata yang ditaja Rusia dan AS pada tengah malam.

Dua orang mengalami kecederaan pada awal hari ini apabila pesawat rejim menembak kedudukan-kedudukan pemberontak di dua kejiranan timur pada bandar berbahagi itu dengan tembakan mesingan, menurut satu laporan koresponden AFP.

Pada lewat kelmarin, pesawat-pesawat perang kerajaan membedil dua kejiranan yang dikawal pemberontak, tambah koresponden itu.

Tembakan roket pihak pemberontak terkena dua kejiranan yang dikawal kerajaan di barat bandar itu, menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria.

Sementara itu, tembakan penembak tepat pemberontak telah mengorbankan seorang pada lewat kelmarin, lapor agensi berita kerajaan SANA.

Sekumpulan pemberontak memandu kereta kebal di kawasan kawalan pemberontak di Aleppo. – AFP
Sekumpulan pemberontak memandu kereta kebal di kawasan kawalan pemberontak di Aleppo. – AFP

Gencatan senjata tempatan berkuat kuasa di Aleppo pada Khamis lepas selepas pertempuran di bandar itu telah memakan seramai 300 korban jiwa dan mengancam untuk membongkar satu gencatan senjata seluruh negara di antara tentera-tentera kerajaan dan pemberontak bukan penjihad sejak bulan Februari.

Perdamaian itu telah secara drastik menurunkan kadar kematian. Tembakan roket pemberontak pada kejiranan-kejiranan kerajaan telah mengorbankan tiga orang awam pada Ahad, jika tidak gencatan senjata masih dipegang teguh.

Ia telah dilanjutkan dua kali selepas campur tangan diplomatik 11 jam oleh kuasa-kuasa utama namun tiada kata putus bagi pelanjutan baru menjelang tempoh tamat hari ini.

Moscow dan Washington telah berikrar pada Isnin untuk menggandakan usaha-usaha untuk menyokong gencatan senjata seluruh negara dan mencapai satu keterangan politik terhadap konflik yang telah mengorbankan lebih daripada 270,000 orang di Syria sejak 2011.