Pertempuran Niger: 7 cedera, 70 ditahan

Pertempuran Niger: 7 cedera, 70 ditahan

NIAMEY, 20 Okt – Pertempuran ganas di Niger semalam antara polis dan pelajar-pelajar yang membantah bagi keadaan pengajian lebih baik mengakibatkan kira-kira tujuh orang tercedera dan 70 orang diberkas, menurut gabenor bandar Niamey.

Beratus-ratus orang pelajar kolej dan sekolah tinggi mengadakan tunjuk perasaan di bandar itu dan bertempur dengan polis di sebelah tengah hari, menurut seorang wartawan AFP.

“Kami menuntut bilangan guru dan kelas yang mencukupi. Bantahan ini adalah amaran terhadap kerajaan,” Nassirou Mounkaila, ketua Pelajar Kesatuan Pelajar-Pelajar Vokasional Niger memberitahu para pemberita.

Bantahan ‘sepatutnya aman’ tetapi ‘polis telah melepaskan gas pemedih mata ke arah kami, ujarnya. Tunjuk perasaan memberi respons dengan melontar batu dan membakar tayar di jalan raya, melumpuhkan lalu lintas di beberapa bahagian bandar di negara gurun Afrika Barat itu.

“Beberapa orang tercedera dalam kumpulan kami,” kata Mounkaila, yang tidak dapat memberikan bilangan tepat.

“Dua pengawal kebangsaan dan lima orang anggota polis tercedera akibat terkena batu yang dilemparkan – seorang yang mengalami cedera parah di tempatkan di rawatan rapi hospital,” gabenor Niamey Hamidon Garba memberitahu sidang media.

Dia menambah kata 79 orang pembantah telah diberkas berhubung pertempuran itu yang mana dua buah kenderaan polis telah diselongkar dan sebuah lagi milik pejabat perhubungan kedutaan Perancis telah dibakar. – AFP