Pertempuran p...

Pertempuran protes ganas dengan polis

BOBIGNY, Perancis, 12 Feb – Polis telah melepaskan gas pemedih mata selepas pertempuran meletus kelmarin di pinggir bandar Paris tatkala penunjuk perasaan membantah atas serangan seorang lelaki muda hitam yang didakwa dirogol ketika sedang ditahan.

Dikelilingi oleh kontinjen polis, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan, beberapa daripada mereka membawa sepanduk dan berkumpul di Bobigny, timur laut ibu negara Perancis, untuk menuntut ‘Keadilan untuk Theo’

Theo, seorang pekerja belia berkulit hitam berusia 22 tahun, memerlukan pembedahan selepas dia ditangkap pada 2 Februari lalu.

Peluncur api telah dilemparkan ke arah polis di jambatan dengan beberapa kenderaan dibakar dan tingkap dipecah di luar acara tunjuk perasaan, kata polis.

“Beberapa ratus individu bertindak ganas” melakukan pelbagai kerosakan,” kata wilayah polis Paris.

Orang ramai berkumpul di pasaraya Franprix yang mengalami kerosakan semasa protes di Bobigny, sebuah daerah di timur laut Paris. – AFP
Orang ramai berkumpul di pasaraya Franprix yang mengalami kerosakan semasa protes di Bobigny, sebuah daerah di timur laut Paris. – AFP

Dalam satu kenyataan ia turut dilemparkan di bangunan awam, empat ken-deraan dibakar, dua buah kedai dan stesen bas rosak dan beberapa tong dibakar.

“Pihak polis terpaksa campur tangan untuk menyelamatkan seorang kanak-kanak di dalam kenderaan yang terbakar,” kata polis, bagaimanapun menambah tiada kecederaan dilaporkan setakat ini dalam protes.

Dua kenderaan media juga diserang, dengan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Demonstrasi itu berakhir pada waktu petang selepas polis melepaskan gas pemedih mata. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA