Pertempuran sengit di bandar Selatan Sudan

Pertempuran sengit di bandar Selatan Sudan

JUBA, 10 Julai – Pertempuran sengit meletus di bandar Selatan Sudan hari ini ketika tentera kerajaan dan bekas pemberontak berbalas tembakan, dua hari selepas pertempuran senjata mengorbankan sekitar 150 pejuang.

“Tembakan senjata, berbalas senjata berat di kawasan Rumah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berlaku sekali lagi; berterusan sehingga kira-kira 8:25 pagi (0525 GMT),” menurut Misi PBB di Selatan Sudan (UNMISS) dalam Twitter.

Pertempuran dilaporkan berlaku di beberapa bahagian bandar sehingga ke pagi, termasuk di kejiranan Gudele dan tengah kawasan Tongping berhampiran lapangan terbang antarabangsa. Pesawat udara serantau Kenya Airways menangguhkan penerbangan ke Juba memetik ‘situasi keselamatan tidak pasti’.

Pertempuran hari ini itu bermula di pinggir barat bandar tersebut di mana kedua-dua bekas pemberontak dan tentera kerajaan mempunyai pangkalan di kaki gunung. Ketua pemberontak yang bertukar naib presiden Riek Machar telah menubuhkan ibu pejabatnya di sana sejak pulang ke bandar itu pada April.

Tapak Rumah PBB berhampiran menempatkan hampir 28,000 orang yang terjejas akibat perang dan hidup dalam rumah buatan nipis. Pekerja bantuan berkata peluru telah mendarat berhampiran kem PBB, mencederakan beberapa orang awam. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA