Pertempuran sengit di laluan ke Aleppo

Pertempuran sengit di laluan ke Aleppo

BEIRUT, 8 Julai – Tentera Syria mara ke kawasan tembakan pada satu-satunya laluan bekalan pemberontak ke Aleppo dalam pertempuran sengit semalam di sebalik pengumumannya akan adanya gencatan senjata bagi cuti Aidilfitri.

Kumpulan pemberontak yang dibantu Saudi, Jaish al-Islam berkata empat orang pejuangnya telah terbunuh ketika cuba menahan tentera dari memutuskan Jalan Castello, satu-satunya laluan ke kawasan bandar kedua Syria yang dikuasai pemberontak. – AFP