Pertemuan bekas pelajar Maktab SOAS 1982

Pertemuan bekas pelajar Maktab SOAS 1982

Oleh Firdaus H.N.

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Feb – Bekas pelajar Tingkatan 4D, Maktab Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (SOAS), tahun 1982 telah mengungkayahkan lagi Majlis Pertemuan Semula buat kali ke-3 yang diadakan di Restoran dan kafe Jessamine, Delima Jaya Kompleks, Serusop, baru-baru ini.

Majlis itu telah dihadiri oleh seramai 14 orang yang mana pertemuan kali pertama dan kedua telah diadakan pada tahun lepas.

Salah seorang bekas pelajar berkenaan, Awang Abdul Hamid bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar mengatakan majlis itu adalah yang ke-3 diadakan dan menjadikannya seperti satu pertemuan keluarga besar yang semakin akrab dan mesra di samping memahami serta menghormati status masing-masing.

“Alhamdulillah, setiap kali pertemuan, majoriti rakan sekelas dapat hadir dan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain, walaupun ada di antara kami tidak pernah bertemu selama lebih 30 tahun.

Majlis Pertemuan kali ke-3 bekas pelajar Tingkatan 4D Maktab SOAS diadakan di Restoran dan Kafe Jessamine, Serusop.
Majlis Pertemuan kali ke-3 bekas pelajar Tingkatan 4D Maktab SOAS diadakan di Restoran dan Kafe Jessamine, Serusop.
Penyampaian cenderahati kepada tiga rakan sekelas yang baru berkesempatan hadir pada majlis pertemuan kali ini.
Penyampaian cenderahati kepada tiga rakan sekelas yang baru berkesempatan hadir pada majlis pertemuan kali ini.

“Walaupun wajah masing-masing sudah jauh berbeza, namun kenangan indah semasa satu kelas di tingkatan 4D, tahun 1982, tetap mengimbau kenangan dan nostalgia,” ujarnya lagi.

Majlis petang itu turut diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada tiga rakan sekelas yang baru berkesempatan hadir dalam majlis pertemuan kali ini.

Bagi memberkati majlis, Doa Selamat telah dibacakan oleh Haji Mohd Firdaus bin OKK Haji Noordin.

Sambil menikmati juadah, kesempatan pertemuan itu digunakan sebaiknya untuk lebih berkenal mesra dan menghormati peranan dan tugas masing-masing kerana majoriti mereka sudah pun mempunyai keluarga masing-masing.