Pertemuan bersejarah 2 pemimpin

Pertemuan bersejarah 2 pemimpin

SINGAPURA, 8 Nov (Bernama) – Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatan Taiwan, Ma Ying-jeou mengadakan mesyuarat bersejarah di Singapura semalam, membuka laluan kepada hubungan antara selat akan datang.

Rundingan di antara Xi dan Ma adalah yang pertama di antara pemimpin China dan Taiwan sejak perang saudara China berakhir pada tahun 1949.

Kedua-dua pemimpin berjabat tangan dan senyum di depan sekumpulan wartawan, Xi memakai tali leher merah, warna Parti Komunis, dan Ma dalam tali leher warna biru, warna Parti Nasionalis.

Kedua-duanya berkata sedemikian sebelum menyertai mesyuarat pintu tertutup.

Xi, yang bercakap dahulu, menggambarkan hubungan antara selat sebagai “lebih rapat daripada saudara”, dan berkata “tragedi” lampau tidak harus berulang.

Presiden China Xi Jinping (kanan) berjabat tangan dengan Presiden Taiwan Ma Yin-jeou dalam satu pertemuan yang bersejarah di Singapura. – Reuters
Presiden China Xi Jinping (kanan) berjabat tangan dengan Presiden Taiwan Ma Yin-jeou dalam satu pertemuan yang bersejarah di Singapura. – Reuters

Dalam kata-katanya, Ma berkata mesyuarat, yang pertama dalam 66 tahun, adalah penting dari segi sejarah disebabkan ia mempunyai kesan yang besar ke atas masa depan hubungan antara selat.

Ketika rundingan Koo-Wang pada 1993 di Singapura di antara duta kedua-dua pihak, Ma berkata mereka memeterai empat perjanjian dan menetapkan asas untuk menginstitusi rundingan antara selat.

Disebabkan beliau duduk dalam bilik yang sama dengan Xi hari ini merupakan hasil usaha oleh kedua-dua pihak untuk mengganti konfrontasi dengan dialog dan perdamaian.

“Buat masa sekarang, pemimpin kedua-dua Selat Taiwan sedang mengisytiharkan kepada dunia keazaman kami untuk memperkukuh keamanan dan kestabilan antara selat di rantau.”