Pertemuan G20 di China bincang krisis ekonomi

Pertemuan G20 di China bincang krisis ekonomi

BEIJING, 31 Ogos – Pemimpin G20 akan bertemu di China pada hujung minggu ini dalam keadaan persekitaran ekonomi yang tidak pasti serta pertumbuhan global yang lembap – namun tanpa satu krisis bermakna forum tidak akan mencapai kejayaan besar, kata penganalisis.

Lapan tahun selepas sidang kemuncak G20 pertama di Washington, apabila negara-negara menyelaras satu respon terhadap krisis kewangan, Beijing telah menetap satu agenda sederhana untuk perhimpunan Hangzhou – menumpu untuk menjadikan ekonomi dunia “inovatif, saling berkaitan dan merangkumi semua.”

Namun tatkala keperluan ekonomi negara tersebar, AS sedang menimbang untuk mengenakan kenaikan kadar, Jepun menimbang untuk melancarkan pelonggaran baru, Jerman berasa sangsi dengan perangsang fiskal, kapasiti berlebihan China tetap besar, dan Britain telah mengundi untuk keluar daripada EU – prospek untuk tindakan bersepadu adalah tipis.

Gambar fail pada 29 Ogos 2016 menunjukkan pekerja China membuat baju di spinnery di Nantong, wilayah Jiangsu di timur China. Pemimpin G20 akan bertemu di China hujung minggu ini dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan lembap walaupun pertumbuhan yang mantap. – AFP

“Buat masa sekarang tidak terdapatnya minat bertindak di antara ekonomi besar,” beritahu Christopher Balding, profesor ekonomi di Sekolah Perniagaan HSBC Universiti Peking, kepada AFP.

G20 terdiri daripada ekonomi membangun dan perindustrian terkenal di dunia, yang bersama menyumbang kepada 85 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dan dua pertiga daripada penduduknya. – AFP