Pertemuan Murray, Djokovic semakin hampir

Pertemuan Murray, Djokovic semakin hampir

NEW YORK, 6 Sept – Andy Murray bersaing bagi suku akhir keenam Terbuka AS esok yang bersedia untuk mengekalkan penguasaan ke atas Kei Nishikori dan menghampiri bagi persaingan menentang Novak Djokovic.

Murray memenangi kejuaraan pertama dari tiga persaingan di Terbuka AS pada 2012 dan adalah pilihan untuk mara ke suku akhir keempat dalam Grand Slam terakhir musim ini.

Pemain nombor dua dunia itu mencatatkan rekod 7-1 ke atas Nishikori yang kemenangannya terakhirnya ke atas pemain dari Britain itu pada Jelajah Dunia Finals 2014.

Tahun ini, Murray berada di atas dengan lima set untuk membantu Britain mengatasi Jepun dalam Piala Davis sebelum menang straight set dalam separuh akhir Olimpik.

Pada keseluruhannya, Murray mencatatkan 26-1 sejak tewas dalam Terbuka Perancis kepada Djokovic pada Jun, memenangi gelaran Queen’s Club, Wimbledon dan Olimpik dalam laluan itu.

Murray dijangka akan bertemu Djikovic dalam perlawanan akhir Terbuka AS. – AFP
Murray dijangka akan bertemu Djikovic dalam perlawanan akhir Terbuka AS. – AFP

Tetapi dia tidak merendah-rendahkan ancaman daripada Nishikori, yang mara ke final di New York pada 2014 setelah mengetepikan Djokovic pada separuh akhir.

“Dia beraksi dengan bagus di Olimpik dan memenangi pingat gangsa,” kata Murray yang mara ke suku akhir dengan penyingkiran Grigor Dimitrov di mana dia hanya melepaskan lima game.

“Saya bermain dengan bagus ketika menentang Kei di Rio dan saya perlu melakukannya sekali lagi jika saya mahu menewaskannya kerana dia merupakan salah seorang pemain terbaik dunia, beraksi dengan bagus di gelanggang permukaan keras.”

Djokovic menyasarkan kemunculan ke-10 berturut-turut dalam separuh akhir awal pagi esok apabila menghadapi pesaing lama, Jo-Wilfried Tsonga, salah seorang daripada tiga pemain dari Perancis dalam lapan pemain terakhir.

Pemain nombor satu dunia, Djokovic, juara di New York pada 2011 dan 2015, bekerja keras pada empat pusingan pertama. Dia memerlukan empat set untuk menewaskan Jerzy Janowicz dalam pertandingan pertamanya sebelum mencatatkan kemasukan ke pusingan kedua, dan permainan dihentikan akibat kecederaan di set ketiga berikutan kemenangan selesa ke atas Kyle Edmund dari Britain dalam 16 kelompok terakhir.

Dalam satu lagi persaingan suku akhir lelaki, Lucas Pouille, yang menewaskan pemenang 14 kali, Rafael Nadal dalam lima set pada Ahad lalu, menghadapi pesaing dari Perancis, Gael Monflis. – AFP