Pertemuan Putin, Erdogan baiki hubungan

Pertemuan Putin, Erdogan baiki hubungan

SAINT PETERSBURG, 9 Ogos – Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan hari ini berlepas ke Rusia bagi pertemuan pertama beliau dengan rakan sejawatannya Vladimir Putin sejak kedua-dua orang kuat itu mula memulihkan pertikaian perit ekoran penembakan jatuh kapal terbang Rusia oleh Ankara.

Lawatan Erdogan ke bandar kelahiran Putin, Saint Petersburg juga lawatan pertama ke luar negara beliau sejak rampasan gagal ke atas beliau bulan lalu yang mencetuskan penyingkiran penentang-penentang dan membayangi hubungan Turki dengan pihak Barat.

“Lawatan ini bagi saya adalah peristiwa penting baru dalam hubungan dua hala, bermula dengan rekod yang bersih, dan secara peribadi, dengan sepenuh hati saya dan bagi pihak negara Turki meng-hormati Putin dan seluruh rakyat Rusia, Erdogan berkata dalam satu temu bual dengan media kerajaan Rusia.

penembakan jatuh sebuah jet pejuang Rusia oleh F-16 Turki di sempadan Syria November lalu menyaksikan Putin mengenakan sekatan ekonomi ke atas Turki dan melancarkan perang mulut dengan Erdogan yang menjejaskan hubungan sedang berkembang.

Putin (kanan) bertemu dengan Erdogan di Istana Konstantinovsky di luar Saint Petersburg semalam. Pertemuan dua pemimpin negara itu adalah sebagai pemulihan terhadap pertikaian perit ekoran penembakan jatuh kapal terbang Rusia oleh Ankara. – AFP
Putin (kanan) bertemu dengan Erdogan di Istana Konstantinovsky di luar Saint Petersburg semalam. Pertemuan dua pemimpin negara itu adalah sebagai pemulihan terhadap pertikaian perit ekoran penembakan jatuh kapal terbang Rusia oleh Ankara. – AFP

Tetapi mengejutkan pada 1 Jun lalu, Putin telah menerima kekesalan peribadi Erdogan ekoran dari kejadian itu, sebagai permohonan maaf dan serta-merta menarik balik sekatan ke atas jualan pakej percutian ke Turki dan membayangkan Moscow akan menamatkan langkah menegah pengimportan makanan dan firma pembinaan dari negara itu.

Kini selepas cubaan rampasan yang gagal pada 15 Julai lalu di negara anggota NATO itu, hubungan antara kedua belah pihak boleh kukuh malah seterusnya – dengan Erdogan menjelaskan bahawa beliau merasa kecewa dengan AS dan Kesatuan Eropah.

Putin adalah pemimpin luar pertama yang menghubungi Erdogan melalui telefon dan memberikan sokongan dan tidak memeranjatkan mengongsikan tentang tindakan berikutnya.

“Sementara hubungan Turki-Rusia tidak ada kepastian, hubungan yang semakin merosot dengan kuasa-kuasa Barat boleh mencepatkan pemulihan hubungan Turki-Rusia,” kata penganalisis Hubungan Luar Majlis Eropah. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA