Pertemuan rundingan Obama, Netanyahu

Pertemuan rundingan Obama, Netanyahu

BAITULMAQDDIS, 8 Nov (AFP) – Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Presiden AS Barack Obama akan mengadakan pertemuan esok untuk mengenepikan hubungan peribadi mereka yang bergolak dan perjanjian nuklear Iran, dengan jangkaan rundingan pertahanan yang bernilai berbilion-bilion dolar.

Kedua-dua pemimpin yang tidak bertemu sejak Oktober 2014 dan percanggahan pendapat berhubung perjanjian pada Julai lalu antara Iran dan kuasa-kuasa besar utama telah mencetuskan pertengkaran hebat antara sekutu lama itu sebelum dan selepas perjanjian itu dicapai.

Netanyahu juga berdepan tekanan, termasuklah dari AS, supaya membaharui usaha damai selepas gelombang keganasan yang bermula pada Oktober telah membangkitkan kebimbangan kebangkitan baru Palestin.

Obama dan Netanyahu diketahui mempunyai hubungan peribadi menjengkelkan, terutama sekali kerana perdana menteri Israel sayap kanan itu cuba memancing Republikan – penentang presiden AS – termasuklah dalam ucapan kepada Kongres pada Mac yang tidak selaras dengan Rumah Putih.

Obama dan Netanyahu akan bertemu hari ini. - Reuters
Obama dan Netanyahu akan bertemu hari ini. – Reuters

Namun pihak penganalisis berkata kedua-dua mereka itu nampaknya berazam membuka lembaran baru dengan pertemuan cekap dan membayangkan gabungan lama kedua-dua negara itu masih tidak goyah.

“Mereka tidak akan saling suka-menyukai,” kata Zvi Rafiah, pakar runding lama tentang hal ehwal AS dan bekas pakar kongres di kedutaan Washington di Israel.

“Bagaimanapun saya pasti Netanyahu sebenarnya memahami nilai lawatan ini dan nilai AS.”

Rumah Putih berusaha tidak mengambil serius perasaan peribadi, dengan jurucakap Josh Earnest berkata “ia tidak sepenting kemampuan mereka untuk bekerjasama untuk menggerakkan kepentingan keselamatan kebangsaan kedua-dua negara yang mereka terajui.”

Pada waktu sama, lebih banyak kontroversi tercetus sebelum lawatan itu berhubung ulasan dari ketua media Netanyahu yang baru dilantik.