Pertemuan semula bekas pelajar STPRI 1992

Pertemuan semula bekas pelajar STPRI 1992

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Julai – Sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mengumpulkan bekas rakan-rakan sekelas dan mengenang kembali zaman persekolahan, bekas pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) kelas 3C Tahun 1992, baru-baru ini, telah menganjurkan Majlis Pertemuan Semula di Restoran Emperor’s Court, Manggis Mall, Jalan Muara.

Acara yang julung-julung kali diungkayahkan oleh beberapa orang bekas penuntut berkenaan, bertujuan untuk mengeratkan lagi tali silaturahim sesama mereka dengan mengikuti acara-acara pertemuan semula pada masa akan datang, di samping membincangkan penganjuran aktiviti-aktiviti lain seperti projek ‘Sentuhan Kasih Reunion’ bagi membantu mereka yang memerlukan.

Bekas penuntut STPRI berkenaan berharap hubungan persahabatan di antara mereka itu akan berkembang hingga menjadi sebuah keluarga yang besar dengan lebih ramai lagi menyertai kumpulan bekas penuntut tersebut dengan anjuran pertemuan semula dan lain-lain aktiviti yang akan dianjurkan nanti.

Gambar ramai bekas pelajar STPRI kelas 3C tahun 1992 semasa majlis pertemuan itu.
Gambar ramai bekas pelajar STPRI kelas 3C tahun 1992 semasa majlis pertemuan itu.

ARTIKEL YANG SAMA