Pertemuan semula bekas penuntut Pusat Tingkatan Enam tahun 1983

Pertemuan semula bekas penuntut Pusat Tingkatan Enam tahun 1983

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja memberikan peluang kepada ahli keluarga untuk berkumpul bagi meraikan acara perayaan itu bersama-sama tetapi ia juga memberikan peluang kepada sahabat-handai yang telah lama tidak berjumpa untuk mengeratkan kembali hubungan persahabatan serta silaturahim yang sedia ada.

Sehubungan itu, lebih 20 orang bekas penuntut Pusat Tingkatan Enam (PTE) tahun 1983, mengadakan majlis sambutan Hari Raya dan pertemuan semula di kediaman Haji Shamsudin Zaman, baru-baru ini.

Majlis yang julung-julung kali diadakan itu telah memberikan peluang kepada mereka yang sebilangannya sudah 32 tahun tidak bertemu, mengeratkan kembali hubungan silaturahim setelah lama tidak bersua selepas meninggalkan alam persekolahan.

Majlis pertemuan semula dan sambutan Hari Raya bekas penuntut PTE tahun 1983.
Majlis pertemuan semula dan sambutan Hari Raya bekas penuntut PTE tahun 1983.

Mereka menyatakan perasaan gembira dan berharap hubungan persahabatan mereka itu akan terus berkekalan pada masa akan datang.

“Kami semua merasa terharu dengan salah seorang rakan sebaya kami, Dr. Jaludin yang sanggup turut hadir di sambutan itu semalam, walaupun beliau berkerusi roda bersama keluarga bagi memeriahkan lagi sambutan majlis kami.”

ARTIKEL YANG SAMA