Pertemuan semula erat hubungan silaturahim

Pertemuan semula erat hubungan silaturahim

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

SERIA, 22 Nov – Seramai 20 orang terdiri daripada ahli-ahli Anggota Bomba Pelatih SQ 26 telah mengadakan Majlis Pertemuan Semula bertempat di Taman Rekreasi Anduki di sini, hari ini.

Majlis yang turut disertai oleh ahli-ahli keluarga anggota-anggota bomba berkenaan antara lain bertujuan untuk terus mengeratkan ikatan silaturahim antara para anggota berkenaan yang terdiri daripada pelbagai cawangan bomba di seluruh negara.

Majlis turut diisikan dengan pelbagai aktiviti seperti acara riadah, sesi beramah mesra dan bertukar-tukar fikiran dan pandangan sesama mereka.

Acara tersebut itu juga sebelum ini pernah diadakan di Pantai Seri Kenangan, Daerah Tutong.

Pertemuan semula di antara ahli-ahli Anggota Bomba Pelatih SQ 26 dengan acara riadah.
Pertemuan semula di antara ahli-ahli Anggota Bomba Pelatih SQ 26 dengan acara riadah.

ARTIKEL YANG SAMA