Pertemuan semula kakitangan RB 1975-1985

Pertemuan semula kakitangan RB 1975-1985

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Mei – Seramai 36 mantan kakitangan perkhidmatan pelanggan Penerbangan Diraja Brunei (RB) dari tahun 1975 hingga 1985 bertemu semula buat kali pertama di dalam satu majlis pertemuan semula di Restoran Seasons baru-baru ini.

Menurut salah seorang daripada mereka, Haji Roslan bin Haji Salim yang berkhidmat pada tahun 1977 meluahkan rasa gembiranya kerana dapat bertemu semula dengan rakan setugas yang sudah lama tidak ditemui.

“Kami bersama-sama bertugas kira-kira 41 tahun lalu dan kami berusaha untuk sentiasa berhubung melalui kemudahan media sosial masa kini namun jumlah ini masih pada skala yang kecil dan akan bertambah di masa akan datang” ujarnya.

Barisan pekerja pertama RB yang kini sudah memasuki 41 tahun juga hadir pada majlis pertemuan itu dan menurutnya pertemuan semula seterusnya akan diaturkan pada perayaan Aidilfitri ini nanti.

Gambar ramai pada majlis pertemuan semula tersebut.
Gambar ramai pada majlis pertemuan semula tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA