Pertemuan semula pelajar selepas 40 tahun

Pertemuan semula pelajar selepas 40 tahun

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis Pertemuan Semula Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Melayu Muda Hashim Tutong (SMMMHT) bagi tahun 1976 hingga 1980 telah diadakan buat kali pertamanya pada petang tadi bertempat di Tingkat 1, Restoran Aneka Rasa Kiulap Bandar Seri Begawan.

Seramai 70 orang bekas pelajar SMMMHT telah hadir termasuk tenaga-tenaga pengajar pada tahun berkenaan. Majlis suai kenal juga diteruskan melalui beberapa aktiviti persahabatan seperti cabutan tiket bertuah dan juga persembahan hiburan bagi mengenang masa silam.

Menurut Keterangan Pengerusi Majlis, Haji Ahmad bin Haji Abd Razak dalam ucapannya berkata, majlis ini diungkayahkan mempunyai tujuan khusus iaitu mengembalikan semula hubungan persahabatan di kalangan sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang sama-sama di bangku sekolah tahun 1976-1980 dulu yang telah hilang dan terputus sejak 40 tahun lalu.

“Terputusnya hubungan tersebut adalah disebabkan komitmen masing-masing yang ada di antaranya telah memasuki Maktab Perguruan Melayu Brunei dan juga Agama dan sebahagian kecilnya lagi ada yang telah berkhidmat dengan pihak swasta dan kerajaan serta tidak ketinggalan juga telah menceburi dalam bidang perniagaan di Negara Brunei Darussalam”.

Menurutnya lagi, majlis memberikan ruang yang terbaik untuk memulakan suai kenal di antara satu dengan yang lain, lebih lagi berkesempatan bersua muka dengan tenaga-tenaga pengajar pada tahun tersebut.

Antara bekas pelajar SMMMHT yang menghadiri majlis.
Antara bekas pelajar SMMMHT yang menghadiri majlis.
Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Haji Ahmad bin Haji Abd Razak.
Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Haji Ahmad bin Haji Abd Razak.

Maka perhubungan persahabatan lama untuk dimantapkan semula.

Bersempena dengan majlis ini pihak ahli jawantankuasa telah membentuk satu tema yang berbunyi ‘Pertemuan Semula Perhubung Silaturrahim’ iaitu selaras dan sesuai dengan motif pertemuan pada petang berkenaan.

Dalam salah satu majlis utama ialah Majlis membaca tahlil dan doa arwah bagi memperingati kepada sahabat-sahabat yang telah kembali ke rahmatullah dengan doa dan restu supaya roh-roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang mukmin dan beriman.

Sesi bergambar ramai bersama ahli SMMMHT bagi tahun 1976 – 1980.
Sesi bergambar ramai bersama ahli SMMMHT bagi tahun 1976 – 1980.

Majlis Tahlil dan Doa Arwah diketuai oleh Imam Haji Ibrahim bin Dullah iaitu bekas pelajar SMMMHT 1976-1980.

Pertemuan semula juga diserikan dengan majlis doa selamat sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Allah Subahanahu Wata\ʼala yang telah memberikan hidayah kepada mereka yang berenaan dan tanda kasih kita kepada sahabat-sahabat yang telah pun memeluk agama Islam.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai sempena pertemuan semula dan tandatangan kenang-kenangan bagi semua bekas pelajar-pelajar dan tenaga pengajar SMMMHT bagi tahun 1976 – 1980.

ARTIKEL YANG SAMA