Pertemuan semula selepas 33 tahun

Pertemuan semula selepas 33 tahun

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

SERAMAI 46 orang bekas perajurit dan bekas jurulatih ABDB pengambilan ke-60 pada tahun 1983  telah mengadakan majlis  pertemuan semula setelah terpisah selama 33 tahun baru-baru ini. Majlis pertemuan  semula itu diadakan di Restoran  Al-Saif Briyani House,Giant Hypermarket Tasek Rimba, Mukim Gadong.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Mejar(B) Haji Ibrahim bin Ahmad, bekas komander Pengambilan perajurit pengambilan ke-60 semasa latihan.

Turut hadir ialah bekas jurulatih PW2(B) Haji Marshal bin Haji Talib.

Rancangan pertemuan tersebut dirancang pada bulan April 2016 malah apa yang menarik, ia diadakan serentak dengan tarikh 31 Mei 2016 iaitu Hari Ulang Tahun ABDB yang ke-55 tahun.

Menurut Leftenan Kolonel (B) Awang Mohd Arifin bin Haji Mohd Tarif, mereka merasa gembira dan terharu  dengan adanya pertemuan suai kenal dan jejak kasih bekas perajurit serta bekas jurulatih pengambilan yang ke-60 ini.

Bergambar ramai bersama bekas perajurit dan bekas jurulatih pengambilan ke60 tahun 1983 di majlis bertemu semula setelah 33 tahun.
Bergambar ramai bersama bekas perajurit dan bekas jurulatih pengambilan ke60 tahun 1983 di majlis bertemu semula setelah 33 tahun.

pgm3_160604_a

Suasana yang meriah

Akhirnya dengan usaha semua bekas perajurit 1983 dan diikuti dengan suasana ceria serta riuh rendah kerana dapat berjumpa semula setelah sekian lama malah ada di antara mereka yang sudah meninggal dunia.

Dengan adanya majlis pertemuan semula ini akan dapat mengenali lagi lebih dekat dan mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama bekas perajurit.

Sebaik sahaja tamat latihan, para bekas Perajurit dan bekas jurulatih pengambilan yang ke-60 telah ditempatkan di kesemua cawangan ABDB dan tidak kerap berjumpa.

pgm3_160604_c

Dengan adanya pertemuan semula ini dapat mengimbas kembali kenangan manis malah pahit ketika dalam latihan selama 6 bulan pada tahun 1983.

Antara lain tujuan majlis bertemu semula ini diadakan adalah untuk membuat kebajikan dengan mengutip derma sesama mereka dan didermakan kepada balu dan anak yatim bekas perajurit dan bekas jurulatih pengambilan yang ke-60 yang telah meninggal dunia.

ARTIKEL YANG SAMA