Pertemuan semula selepas 43 tahun

Pertemuan semula selepas 43 tahun

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

SERAMAI 30 daripada 37 orang bekas penuntut Sekolah Persediaan Inggeris (Brunei Preparatory School) Prep 2A dan 3A tahun 1973-1974 telah mengadakan majlis pertemuan semula setelah berpisah selama 43 tahun baru-baru ini. Majlis pertemuan semula itu telah diadakan di Restoran Aneka Rasa di Kiulap.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah, tahlil doa arwah dan bacaan doa selamat dan ucapan alu-aluan daripada pengasas “WA” kelas 2A dan 3A 1973-74, Haji Mahadi bin Haji Maidin. Majlis diteruskan lagi dengan memainkan tayangan Klip video yang memaparkan gambar-gambar nostalgia semasa zaman persekolahan dahulu.

Pameran semasa zaman persekolahan

Selain tayangan video klip, satu pameran juga turut disediakan yang bertemakan permainan semasa di persekolahan dahulu, di antaranya main kaki tiga, bola belidar, main getah, lastik dan sebagainya. Selain permainan, makanan dan minuman yang pernah dijual dikantin sekolah juga turut dipamerkan.

Bergambar ramai untuk diabadikan sebagai satu kenangan.
Bergambar ramai untuk diabadikan sebagai satu kenangan.
Pameran permainan main getah dan tiup belon.
Pameran permainan main getah dan tiup belon.

Antara lain tujuan majlis bertemu semula itu adalah untuk mengeratkan lagi tali silaturahim yang sudah 43 tahun terputus. Setelah tamat persekolahan pada tahun 1974, kebanyakan bekas penuntut ini telah berpindah ke beberapa buah sekolah di dalam dan luar negara.

Menurut wakil bekas penuntut ini, mereka bercadang akan mengadakan satu lagi majlis pertemuan semula bekas penuntut Brunei Preparatory School 1973 dan 1974 termasuk guru-guru yang pernah mengajar mereka pada tahun berkenan.