Pertikaian Laut China Selatan perlu diselesaikan

Pertikaian Laut China Selatan perlu diselesaikan

HANOI, 24 Mei (AFP) – Presiden AS Barack Obama hari ini menggesa pertikaian wilayah di Laut China Selatan ‘diselesaikan secara aman’ ketika Vietnam menghalangi tindakan China di perairan yang begitu dipertikaikan.

“Negara-negara besar seharusnya tidak membuli negara yang lebih kecil, pertikaian seharusnya diselesaikan secara aman,” beliau memberitahu hadiri di Hanoi, dengan merujuk kepada rantau maritim yang dipertikaikan itu.

Kenyataan beliau itu telah meraih tepuk sorak dari lebih 2,000 delegasi termasuklah para pemimpin tertinggi Vietnam. Washington dan Hanoi semakin rapat dalam kebimbangan mereka terhadap ketegasan China yang semakin meningkat di laut itu.

China menuntut hampir kesemua Laut China Selatan dan telah menggelisahkan negara jiran dengan siri-siri projek penebusgunaan dan pembinaan termasuklah lapangan terbang kecil, di atas terumbu dan pulau kecil. Vietnam dan empat buah lagi negara telah menuntut beberapa bahagian laut itu.

Obama menyampaikan ucapannya pada sidang akhbar di Hanoi, Vietnam, Isnin lalu. – AP
Obama menyampaikan ucapannya pada sidang akhbar di Hanoi, Vietnam, Isnin lalu. – AP

AS tidak mengambil kedudukan berhubung tuntutan wilayah yang bersaingan tetapi menegaskan kebebasan pengemudian dan penerbangan di atas ruang udara laut itu dan telah menghantar kapal perang berhampiran pulau kecil yang dikawal China.

“Ketika kita mara ke hadapan AS akan terus terbang, belayar dan mengendali di mana saja undang-undang antarabangsa membenarkan dan kami akan menyokong hak semua negara untuk melakukan yang sama,” kata Obama lagi.

Semalam Obama mengumumkan beliau membatalkan tegahan penjualan senjata ke atas Vietnam era Perang Dingin, yang dilihat sebagai pemangkin besar bagi rakyat Hanoi ketika ia cuba untuk mengukuhkan pertahanannya daripada jiran utaranya yang besar.

“Vietnam akan mempunyai kemudahan lebih besar kepada peralatan tentera yang perlu untuk memastikan keselamatan anda,” Obama memberitahu para delegasi, dengan menambah kata AS akan terus melatih pengawal pantai Vietnam untuk meningkatkan kemampuan maritim’.