Pertikaian me...

Pertikaian meletus berhubung pejabat hakim dipecah masuk

JOHANNESBURG, 19 Mac – Ahli politik Afrika Selatan berbalas tuduhan hari ini berhubung pecah masuk misteri di pejabat hakim tertinggi negara di Johannesburg sehari selepas mahkamahnya mengkritik kerajaan ANC.

Pencuri menyasarkan pejabat-pejabat Hakim Besar Mogoeng Mogoeng awal kelmarin, mencuri 15 komputer mengandung maklumat sulit tentang 250 orang hakim, kata para pegawai.

Ahli perundangan pembangkang kanan Democratic Alliance (DA) John Steenhuisen menuduh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, David Mahlobo menjadi dalang di sebalik pecah masuk itu.

“Bagi saya ke atas Mahlobo….menakut-nakutkan badan kehakiman,” catat Steenhuisen dalam Twitter, berikrar untuk memerangi ‘rasuah dan penyalahgunaan kuasa kerajaan’.

“Ia sangat disyaki yang pecah masuk itu berlaku pada hari selepas Mahkamah Perlembagaan menjatuhkan keputusan,” kata kenyataan parti.

Pemerintah ANC menuduh DA atas ‘teori konspirasi dan tuduhan liar’ dan meminta polis untuk menjejak pencurinya.

Parti EFF berhaluan kiri juga mendakwa Mahlobo terlibat dalam kecurian itu.

Polis menyifatkan pecah masuk itu sebagai ‘satu serangan ke atas sistem kehakiman’ dan berikrar untuk menangkap penjenayahnya.

Pencuri dilaporkan hanya mengambil komputer-komputer dari jabatan sumber manusia, meninggalkan komputer lain dan barang berharga. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA