Pertikaian niaga bersama Myanmar dapat diselesaikan

Pertikaian niaga bersama Myanmar dapat diselesaikan

BEIJING, 6 April – China yakin ia boleh menyelesaikan perselisihan perniagaan bersama Myanmar menerusi rundingan mesra, kata Menteri Luar Negeri, Wang Yi selepas bertemu rakan sejawatannya Aung San Suu Kyi, di tengah-tengah tekanan daripada China untuk menyambung semula projek empangan bernilai AS$3.6 bilion.

Rundingan bersama Wang di bandar Naypyitaw, Myanmar adalah pertemuan rasmi pertama Suu Kyi sejak pelantikannya sebagai menteri luar negeri.

China berada dalam kegelisahan untuk memastikan perhubungan rapat dulu bersama Myanmar yang pernah diperintah tentera, agar berkekalan di bawah kerajaan baru, yang menjadi salah satu sebab bagi lawatan Wang itu.

Bulan lepas, China mengatakan ia akan menekan kerajaan baru Myanmar untuk menyambung semula skim empangan kontroversi itu, mengatakan kontrak itu masih lagi sah.

Bekas presiden Myanmar Thein Sein mengakibatkan kemarahan Beijing pada 2011 dengan menangguhkan projek empangan Myitsone, yang akan menghantar 90 peratus kuasa-nya kepada China.

Wang Yi (kiri) berjabat tangan dengan Aung San Suu Kyi (Kanan) selepas sidang media bersama di Ke-menterian Luar Negeri di Naypyitaw pada 5 April. - Reuters
Wang Yi (kiri) berjabat tangan dengan Aung San Suu Kyi (Kanan) selepas sidang media bersama di Ke-menterian Luar Negeri di Naypyitaw pada 5 April. – Reuters

Projek-projek China lain di Myanmar, yang dulunya dikenali sebagai Burma, telah membuktikan kontroversi, di antaranya lombong tembaga Letpadaung, yang berulang kali mencetuskan bantahan daripada penduduk yang tinggal berhampiran,d an talian paip gas dan minyak berkembar China di seluruh negara itu.

Dengan hubungan ekonomi dan perdagangan yang rapat antara kedua-dua buah negara itu, ia adalah perkara biasa kadangkala berlakunya ‘masalah tertentu’, kata Wang, menurut kenyataan daripada Kementerian Luar Negeru China lewat kelmarin.

“Diri saya dan Menteri Luar Negeri Suu Kyi mencapai sepersetujuan, yang semua masalah boleh menemui penyelesaian sesuai menerusi konsultasi mesra,” ia memetik Wang sebagai berkata, tanpa menyebutkan projek tertentu.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Lu Kang mengatakan Wang dan Suu Kyi telah membincangkan empangan Myitsone. Namun dia tidak memberi butiran lanjut.

Kerajaan baru Myanmar ingin membangun ekonomi dan meningkatkan punca pendapatan, dan China bersedia untuk melabur lebih banyak lagi di negara itu, termasuk projek-projek infrastruktur, tambah Wang.

“Kami akan membantu syarikat-syarikat China yang beroperasi di Myanmar untuk menghormati undang-undang dan peraturan Myanmar, menghormati budaya tempatan, memberi perhatian ke atas perlindungan persekitaran…dan memenuhi tanggungjawab mereka kepada masyarakat,” tambah Wang.

Dalam satu petanda hubungan perniagaan masih lagi diteruskan, pedagang komoditi yang dikawal kerajaan China, Guangdong Zhenrong Energy Co telah memenangi persetujuan daripada parti-parti domestik, termasuk kementerian tenaga. – AFP