Pertimbang kelulusan pinjaman mudah pembeli rumah pertama

Pertimbang kelulusan pinjaman mudah pembeli rumah pertama

KUALA LUMPUR, 19 Sept – Mah Sing Group Bhd memohon kerajaan mempertimbangkan beberapa inisiatif termasuk melonggarkan syarat kelulusan pinjaman dalam Bajet 2017 untuk pembeli rumah pertama.

Pengarah Urusan Mah Sing Group, Tan Sri Leong Hoy Kum juga menggesa bank untuk berbuat demikian dan menyediakan sehingga 95 peratus pembiayaan rumah pertama, 90 peratus bagi kediaman kedua dan 70 peratus pembiayaan rumah ketiga.

“Ini turut temasuk nisbah perkhidmatan hutang lebih tinggi sebanyak 70 hingga 80 peratus bagi pembeli rumah pertama dan tempoh pinjaman dilanjutkan dari 35 tahun kepada 40 tahun untuk mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemaju hartanah itu juga mahu kerajaan mempertimbangkan supaya peruntukan peratusan bagi Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dinaikkan daripada 30 peratus ketika ini kepada 40 peratus. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA