Pertingkat hubungan persefahaman, kerjasama

Pertingkat hubungan persefahaman, kerjasama

Oleh Siti Nur Wasimah S.

Gambar oleh Muiz Matdani

BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Dato Paduka Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, hari ini, telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Amphay Kindavong.

Perjumpaan tersebut, yang berlangsung di Bilik Dhiyafah, Tingkat 5, Bangunan Baru Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), di sini, diharap akan dapat mengeratkan lagi hubungan dan meningkatkan persefahaman dan kerjasama yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Semasa perjumpaan itu, kedua-dua belah pihak telah bertukar-tukar pandangan dan maklumat dalam perkara-perkara yang menjadi kepentingan bersama.

Turut hadir ialah Pemangku Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Harun bin Haji Junid dan Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Awang Roslan bin Haji Taja’ah.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama ketika menerima kunjung hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama ketika menerima kunjung hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Lao ke Negara Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA